Thursday, June 23, 2011

Anadinmu: Tembok Yakjuj Makjuj Terbuka..

Anadinmu: Tembok Yakjuj Makjuj Terbuka..: "Saya telah melewati halaman menceritakan pendapat Ya’juj & Ma’juj dikurung dalam tembok ghaib. Cerita sensasi ini sangat menarik da..."

Anadinmu: Sejarah Mesir, Bani Israel, Yahudi dan Freemasonry...

Anadinmu: Sejarah Mesir, Bani Israel, Yahudi dan Freemasonry...: "LASKAR IBLIS Penulis : Dian Umbara, ST. Visualisasi Baphomet/Lucifer/Iblis yang di anut oleh Pengikut/Penyembah Syetan U ntuk artikel..."

Anadinmu: Tembok Yakjuj Makjuj Terbuka..

Anadinmu: Tembok Yakjuj Makjuj Terbuka..: "Saya telah melewati halaman menceritakan pendapat Ya’juj & Ma’juj dikurung dalam tembok ghaib. Cerita sensasi ini sangat menarik da..."

Thursday, March 31, 2011

Masuk Hospital

Pagi 29 Mac 2011, macam biasa lah aku datang kerja. Bersama rutin2 perlu dipenuhi. Menghantar nak2 ke sekolah. Pagi tu teringat juga ada Seminar Pelbagai Kaum. Pak Menteri Kebudayaan nak datang. Usai breakfast dengan kawan opis kak kushee, kak zimah dan Pn. Habsah, naik ke bilik utk segera mengejar waktu kelas. Dalam keadaan kesenikan di Dewan Orkestra, hati ingin mengadakan pertemuan dengan pelajar kelas kemudian ke OH. Tiba2 perut terasa memulas2. Kepala pening, mata gelap, badan menggigil. 'Isshhh, tak boleh jadi.!' Aku segera ke tandas dalam keadaan yang susah payah. Seboleh2nya aku tak mahu orang melihat keadaan itu. Mungkin biasa dah mcm tu. Dalam bilik air, seluruh badan menggigil, peluh mencurah-curah, dada berderau sekejap-kejap. Aku mcm panik sekejap. Takut pengsan dalam toilet. Berfikir mcm2 benda. Anak dalam perut mcm mana. Nak sampai seru dah ke.. Aku gagahkan jugak berjalan masuk ke bilik. Bukak kipas, duduk sekejap. Keadaan masih mcm tu. Dalam kepayahan aku telepon pelajar kelas, masuk ke dalam OH segera. Aku sms husband yg outstation kata sarawak, ahhh, bagitau dia keadaan aku... Bila ok sikit, aku pegi jugak lah ke OH melihat Tok Menteri datang. Masa tu lah kak anis dtg bawak aku ke klinik Tangling. Tak lama doktor check, dia suruh aku ke HKL segera. Kami pergi setelah menguruskan amik anak2 sekolah. Prosedur HKL ketika ni menyenangkan aku. Pesakit tak ramai, semua checkup berjalan dengan pantas. Tak macam dulu...Doktor berbangsa Cina merawat aku. Dia syor kan aku ke WAD PAC. Aku menurut saja. Sampai di sana ada nurse yg aku rasa masih bertopengkan sikap lama 'nurse'. Dah lah penggunaan ayat pertanyaan tak difahami 'seolah2 aku faham segala apa yg dimaksudkan' walaupun bertutur dalam bahasa Melayu... ditambah lagi dengan 'pengalaman aku dengan perempuan yg bergelar 'nurse ni' tak berapa cantik sejarahnya. Ada boktor muda merawat aku. Pelbagai soalan yg timbul. Semua soalan yg sama aku bagi dengan semua doktor yg aku jumpa. Kalau aku byk duit, tak payah lah masuk HKL ni... Tapi sebab 'sayangkan duit' dirasakan membazir dgn duit rawatan bilik itulah sebab aku memilih HKL... Doktor scan baby, alhamdulillah baby normal. Aku menarik nafas lega. Kemudian mereka amik darah dan masukkan air. Dah masuk 4 hari kesan lebam masih ada lagi. Aku tengok jam dah dekat 6 petang, doktor masih belum bagitahu keputusan aku masuk ke WAD ke tidak, akhirnya 6.15, aku diberitahu RP dan keadaan aku ok. Appoinment terbaru 5.4.2011 akan melihat keadaan darah aku pula. Mengandung kali ini aku disahkan mengidap anemia. Aku terimalah dengan redha. Asalkan baby ni sihat walafiat sahaja...Aku diberi MC 2 hari... Tp tak dapat nak trehat sepenuhnya juga...

Monday, March 21, 2011

berkorban

Hari nih hujan. Tidur pun sedap jugak. Tapi tuntutan hidup lebih menyeru, aku terpaksa lupakan hasrat yang murni tu. hahaha. Selepas menghantar hubby kerja, hantar pulak anak manja aku tu, damia ke taski Bukit Tunku...opsss sebelum tu aku kena cukai lah, dia ajak pegi sarapan cikiaw (kuey tiow goreng kat bank negara). Aku pujuk dia, hari ni kita makan kat tempat lain nak tak. Damia ni dia memang mudah dipujuk kalau ngan aku lah. Ngan bapak dia tak dapek laahhh...dia akan bawak jugak budak2 ni pegi makan.
Sampai pulak di ASWARA terus jumpa kawan-kawan kat Cafe, singgah borak2 - berkomunikasi secara telus dengan wan dan Azlim....hahahha. Aktiviti pagi ni macam biasa, masuk kelas. Ada sedikit semangat nak mengajar (berbanding sebulan yg lepas)...
Tiba-tiba aku mendapat panggilan dari hubby. 'Akih, abang serba salah nak cakap. (Jantung aku dah berdebar dah). Bos suruh abang pegi Sarawak.' 'Bila?' - Tanya ku. 'Esok'. Sampai bila? - Entah belas2 hari bulan kot (april). Aku tanya lagi., 'takkan election Sarawak sampai 4 minggu'...
Hubby: 'ntah'...Aku : 'hmmmmm', (sambil kepala memikirkan tentang perjalanan aku dari Sg. Buloh ke KL utk menghantar anak2 ke sekolah, tugasan pejabat, tugasan di rumah.. dan dengan appoinment doctor tentang kandungan aku yg perlu diperiksa selalu... 'Tak pa lah bang dah kena pegi tu pergilah...' (walaupun dalam nada yg tak berapa nak izinkan, tp nak buat mcm mana terpaksa lah berkorban)...

Thursday, May 20, 2010

KENA

Aku terpaksa create balik Akaun blog. Mayalara telah lara... Aku tukarkan dengan nama yang leih realistik kisah maya...Aku kekalkan nama maya sebab ia boleh menjadikan blog aku ni bermaya, cantik mcm maya karin, hidup macam alam maya, dan sekarang pun gunakan Maya... hahahaha. La nih tgh ingatkan semula macam mana nak postkan notes nih.