Waktu tengahari dah menjadi rutin aku keluar dari pejabat menuju ke sekolah anak, beri makan dan menukarkan pakaian sekolah dari putih ke biru kerna petang kelas KAFA pula. Hari ini jumaat, tiada KAFA, terpaksa membawa anak ke ofis. Huhuhu. Ahhh, jauh dah. Bukan cerita utk mengambil anak sebenarnya.
Aku terpanggil utk bercerita tentang sekumpulan 'orang baru' ASWARA. Terasa berat untuk menyebut 'keluarga baru' kami - sebab tanpa restu dari hati!!! - Tiada siapa pun peduli dgn restu dari kami. Kami bukan Ayah Pin pun! Mereka bertuah dari 'fresh graduate' terus dapat menyandang gred 47/48... Berbanding dengan kami yang bertahun2 menyemai bakti untuk pelajar2 ASWARA masih menyandang gelaran memangku yang tak lama lagi akan ditarik balik gelaran itu... Ibarat rumah lama yang mempunyai 'tiang seri'. Nak dibuang tak boleh, takut rumah retak tapi di'biar'kan agar keretakan rumah tidak ketara - bila dilihat orang... Begitulah kami yang langsung tidak dipandang, - walau pun selayang pandang.
Melihat kumpulan orang baru itu, ketawa gembira - seolah2 ASWARA ini mereka yang bersihkan dari semua kerosakan orang-orang dulu...Padahal seperti tikus membaiki labu. Itulah ibaratnya yang paling sesuai.
Ahhh banyak lagi kerosakan2 di muka bumi ASWARA ini... Belum dari pelajar sehinggalah puak2 suku sakat sakai. Tak sanggup utk bercerita - takut terpalit pada kain sendiri... Berdoalah agar ia tidak berlanjutan.
Thursday, July 21, 2011
Wednesday, July 20, 2011
catatan hari ini
mata hampir bertaup
jari mengurut-urut kelpak mata yang letih
nafas dilepas bunyi mendesah - kuat - semput
lagi sebulan perlu ku jalani lagi
lepas ni seperti sediakala
namun rutin hidup telah bertambah menjadi tiga...
jari mengurut-urut kelpak mata yang letih
nafas dilepas bunyi mendesah - kuat - semput
lagi sebulan perlu ku jalani lagi
lepas ni seperti sediakala
namun rutin hidup telah bertambah menjadi tiga...
Sunday, July 17, 2011
KEUNGGULAN WANITA: VIDEO PEMBEDAHAN BERSALIN
KEUNGGULAN WANITA: VIDEO PEMBEDAHAN BERSALIN: " Kalau berani tengoklah video pembedahan bersalin ni.....tentu ngerikan? banyak sebab kenapa kita tidak boleh bersalin secara normal...."
Thursday, June 23, 2011
Anadinmu: Tembok Yakjuj Makjuj Terbuka..
Anadinmu: Tembok Yakjuj Makjuj Terbuka..: "Saya telah melewati halaman menceritakan pendapat Ya’juj & Ma’juj dikurung dalam tembok ghaib. Cerita sensasi ini sangat menarik da..."
Anadinmu: Sejarah Mesir, Bani Israel, Yahudi dan Freemasonry...
Anadinmu: Sejarah Mesir, Bani Israel, Yahudi dan Freemasonry...: "LASKAR IBLIS Penulis : Dian Umbara, ST. Visualisasi Baphomet/Lucifer/Iblis yang di anut oleh Pengikut/Penyembah Syetan U ntuk artikel..."
Anadinmu: Tembok Yakjuj Makjuj Terbuka..
Anadinmu: Tembok Yakjuj Makjuj Terbuka..: "Saya telah melewati halaman menceritakan pendapat Ya’juj & Ma’juj dikurung dalam tembok ghaib. Cerita sensasi ini sangat menarik da..."
Thursday, March 31, 2011
Masuk Hospital
Pagi 29 Mac 2011, macam biasa lah aku datang kerja. Bersama rutin2 perlu dipenuhi. Menghantar nak2 ke sekolah. Pagi tu teringat juga ada Seminar Pelbagai Kaum. Pak Menteri Kebudayaan nak datang. Usai breakfast dengan kawan opis kak kushee, kak zimah dan Pn. Habsah, naik ke bilik utk segera mengejar waktu kelas. Dalam keadaan kesenikan di Dewan Orkestra, hati ingin mengadakan pertemuan dengan pelajar kelas kemudian ke OH. Tiba2 perut terasa memulas2. Kepala pening, mata gelap, badan menggigil. 'Isshhh, tak boleh jadi.!' Aku segera ke tandas dalam keadaan yang susah payah. Seboleh2nya aku tak mahu orang melihat keadaan itu. Mungkin biasa dah mcm tu. Dalam bilik air, seluruh badan menggigil, peluh mencurah-curah, dada berderau sekejap-kejap. Aku mcm panik sekejap. Takut pengsan dalam toilet. Berfikir mcm2 benda. Anak dalam perut mcm mana. Nak sampai seru dah ke.. Aku gagahkan jugak berjalan masuk ke bilik. Bukak kipas, duduk sekejap. Keadaan masih mcm tu. Dalam kepayahan aku telepon pelajar kelas, masuk ke dalam OH segera. Aku sms husband yg outstation kata sarawak, ahhh, bagitau dia keadaan aku... Bila ok sikit, aku pegi jugak lah ke OH melihat Tok Menteri datang. Masa tu lah kak anis dtg bawak aku ke klinik Tangling. Tak lama doktor check, dia suruh aku ke HKL segera. Kami pergi setelah menguruskan amik anak2 sekolah. Prosedur HKL ketika ni menyenangkan aku. Pesakit tak ramai, semua checkup berjalan dengan pantas. Tak macam dulu...Doktor berbangsa Cina merawat aku. Dia syor kan aku ke WAD PAC. Aku menurut saja. Sampai di sana ada nurse yg aku rasa masih bertopengkan sikap lama 'nurse'. Dah lah penggunaan ayat pertanyaan tak difahami 'seolah2 aku faham segala apa yg dimaksudkan' walaupun bertutur dalam bahasa Melayu... ditambah lagi dengan 'pengalaman aku dengan perempuan yg bergelar 'nurse ni' tak berapa cantik sejarahnya. Ada boktor muda merawat aku. Pelbagai soalan yg timbul. Semua soalan yg sama aku bagi dengan semua doktor yg aku jumpa. Kalau aku byk duit, tak payah lah masuk HKL ni... Tapi sebab 'sayangkan duit' dirasakan membazir dgn duit rawatan bilik itulah sebab aku memilih HKL... Doktor scan baby, alhamdulillah baby normal. Aku menarik nafas lega. Kemudian mereka amik darah dan masukkan air. Dah masuk 4 hari kesan lebam masih ada lagi. Aku tengok jam dah dekat 6 petang, doktor masih belum bagitahu keputusan aku masuk ke WAD ke tidak, akhirnya 6.15, aku diberitahu RP dan keadaan aku ok. Appoinment terbaru 5.4.2011 akan melihat keadaan darah aku pula. Mengandung kali ini aku disahkan mengidap anemia. Aku terimalah dengan redha. Asalkan baby ni sihat walafiat sahaja...Aku diberi MC 2 hari... Tp tak dapat nak trehat sepenuhnya juga...
Subscribe to:
Posts (Atom)