Hari nih hujan. Tidur pun sedap jugak. Tapi tuntutan hidup lebih menyeru, aku terpaksa lupakan hasrat yang murni tu. hahaha. Selepas menghantar hubby kerja, hantar pulak anak manja aku tu, damia ke taski Bukit Tunku...opsss sebelum tu aku kena cukai lah, dia ajak pegi sarapan cikiaw (kuey tiow goreng kat bank negara). Aku pujuk dia, hari ni kita makan kat tempat lain nak tak. Damia ni dia memang mudah dipujuk kalau ngan aku lah. Ngan bapak dia tak dapek laahhh...dia akan bawak jugak budak2 ni pegi makan.
Sampai pulak di ASWARA terus jumpa kawan-kawan kat Cafe, singgah borak2 - berkomunikasi secara telus dengan wan dan Azlim....hahahha. Aktiviti pagi ni macam biasa, masuk kelas. Ada sedikit semangat nak mengajar (berbanding sebulan yg lepas)...
Tiba-tiba aku mendapat panggilan dari hubby. 'Akih, abang serba salah nak cakap. (Jantung aku dah berdebar dah). Bos suruh abang pegi Sarawak.' 'Bila?' - Tanya ku. 'Esok'. Sampai bila? - Entah belas2 hari bulan kot (april). Aku tanya lagi., 'takkan election Sarawak sampai 4 minggu'...
Hubby: 'ntah'...Aku : 'hmmmmm', (sambil kepala memikirkan tentang perjalanan aku dari Sg. Buloh ke KL utk menghantar anak2 ke sekolah, tugasan pejabat, tugasan di rumah.. dan dengan appoinment doctor tentang kandungan aku yg perlu diperiksa selalu... 'Tak pa lah bang dah kena pegi tu pergilah...' (walaupun dalam nada yg tak berapa nak izinkan, tp nak buat mcm mana terpaksa lah berkorban)...