Thursday, March 31, 2011
Masuk Hospital
Pagi 29 Mac 2011, macam biasa lah aku datang kerja. Bersama rutin2 perlu dipenuhi. Menghantar nak2 ke sekolah. Pagi tu teringat juga ada Seminar Pelbagai Kaum. Pak Menteri Kebudayaan nak datang. Usai breakfast dengan kawan opis kak kushee, kak zimah dan Pn. Habsah, naik ke bilik utk segera mengejar waktu kelas. Dalam keadaan kesenikan di Dewan Orkestra, hati ingin mengadakan pertemuan dengan pelajar kelas kemudian ke OH. Tiba2 perut terasa memulas2. Kepala pening, mata gelap, badan menggigil. 'Isshhh, tak boleh jadi.!' Aku segera ke tandas dalam keadaan yang susah payah. Seboleh2nya aku tak mahu orang melihat keadaan itu. Mungkin biasa dah mcm tu. Dalam bilik air, seluruh badan menggigil, peluh mencurah-curah, dada berderau sekejap-kejap. Aku mcm panik sekejap. Takut pengsan dalam toilet. Berfikir mcm2 benda. Anak dalam perut mcm mana. Nak sampai seru dah ke.. Aku gagahkan jugak berjalan masuk ke bilik. Bukak kipas, duduk sekejap. Keadaan masih mcm tu. Dalam kepayahan aku telepon pelajar kelas, masuk ke dalam OH segera. Aku sms husband yg outstation kata sarawak, ahhh, bagitau dia keadaan aku... Bila ok sikit, aku pegi jugak lah ke OH melihat Tok Menteri datang. Masa tu lah kak anis dtg bawak aku ke klinik Tangling. Tak lama doktor check, dia suruh aku ke HKL segera. Kami pergi setelah menguruskan amik anak2 sekolah. Prosedur HKL ketika ni menyenangkan aku. Pesakit tak ramai, semua checkup berjalan dengan pantas. Tak macam dulu...Doktor berbangsa Cina merawat aku. Dia syor kan aku ke WAD PAC. Aku menurut saja. Sampai di sana ada nurse yg aku rasa masih bertopengkan sikap lama 'nurse'. Dah lah penggunaan ayat pertanyaan tak difahami 'seolah2 aku faham segala apa yg dimaksudkan' walaupun bertutur dalam bahasa Melayu... ditambah lagi dengan 'pengalaman aku dengan perempuan yg bergelar 'nurse ni' tak berapa cantik sejarahnya. Ada boktor muda merawat aku. Pelbagai soalan yg timbul. Semua soalan yg sama aku bagi dengan semua doktor yg aku jumpa. Kalau aku byk duit, tak payah lah masuk HKL ni... Tapi sebab 'sayangkan duit' dirasakan membazir dgn duit rawatan bilik itulah sebab aku memilih HKL... Doktor scan baby, alhamdulillah baby normal. Aku menarik nafas lega. Kemudian mereka amik darah dan masukkan air. Dah masuk 4 hari kesan lebam masih ada lagi. Aku tengok jam dah dekat 6 petang, doktor masih belum bagitahu keputusan aku masuk ke WAD ke tidak, akhirnya 6.15, aku diberitahu RP dan keadaan aku ok. Appoinment terbaru 5.4.2011 akan melihat keadaan darah aku pula. Mengandung kali ini aku disahkan mengidap anemia. Aku terimalah dengan redha. Asalkan baby ni sihat walafiat sahaja...Aku diberi MC 2 hari... Tp tak dapat nak trehat sepenuhnya juga...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment