
Wahai kawan,
Jangan lah terlalu bersedih
Menjadikan hidup suatu beban
Wahai kawan,
Janganlah terlalu merintih
akan kehilangan itu
kerana ALLAH tahu apa sebabnya
Wahai teman,
aku terlalu memahami situasi mu
kalau aku ditempat itu, aku pun begitu,
tapi...aku sebagai teman mu
melihat itu suatu ujian dari Tuhan
kerana akan ada 'sesuatu' untuk di beri kepadamu
yang di sebaliknya ada HIKMAH yang sedang menunggu...
Teman,
bangkitlah dari keruntuhan itu,
jangan menyalahkan diri
serupa menyalahkan takdir
jangan lupa! hidup manusia bukan bergantung pada manusia
tetapi...hanya pada yang SATU...
Coretan:
qeez
11.55 tghri
No comments:
Post a Comment