Monday, December 22, 2014

SOFEA & KACANG AJAIB

Agak lama jugalah tak dapat mengarah Teater Kanak-kanak di ASWARA. Lebih kurang 7 tahun selepas Wawa tu bulan... Dan kali ini tahun 2014, kembali mengarah dan membimbing pelajar-pelajar teater tahun 2.

Dari kacamata saya, cerita dongeng Eropah ni sangat menarik dan belum ada pementasannya di Malaysia. Saya mula mencari bahan-bahan bacaan di dalam buku cerita kanak-kanak, search internet, download games kt ipad. Aku meminta pelajar-pelajar membuat pecahan cerita. Akhirnya aku dpt menyiapkan sebuah skrip adaptasi dan olahan Jack and the beanstalk. Dalam erti katanya aku telah menambah beberapa karektor serta membuang karektor di dalam cerita sebenar. Bagi aku versi cerita aku ni menarik dah. Tak perlu konflik yang besar, kanak-kanak lebih memerlukan hiburan, disamping mesej yang baik. Selama 3 bulan membuat latihan, pelajar-pelajar juga membuat set dan prop sendiri, mereka juga membuat kerja-kerja pengurusan produksi. Apa yang boleh aku katakan mereka sangat gigih dan bekerjasama menyediakan kehendak dan keperluan.

Proses latihan.
 Warm up katanya.

 MD - Zai dan gang Muzik
Kumpulan Kelawar
 Proses Bump in
 Rime dan pokok kacangnya
 Show time!!! Sofea,mak dan lembunya manja.

 orang tua yg misteri
 kura-kura yang lembab tapi menjadi.
 nilah orang kuat saya. Iefiz Alaudin.
 Ini juga org kuat saya - Rime Nazren. Cantik set dia
 yang ni juga org kuat - memastikan show ini lebih menarik dgn lighting


No comments:

Post a Comment