Monday, December 22, 2014

SOFEA & KACANG AJAIB

Agak lama jugalah tak dapat mengarah Teater Kanak-kanak di ASWARA. Lebih kurang 7 tahun selepas Wawa tu bulan... Dan kali ini tahun 2014, kembali mengarah dan membimbing pelajar-pelajar teater tahun 2.

Dari kacamata saya, cerita dongeng Eropah ni sangat menarik dan belum ada pementasannya di Malaysia. Saya mula mencari bahan-bahan bacaan di dalam buku cerita kanak-kanak, search internet, download games kt ipad. Aku meminta pelajar-pelajar membuat pecahan cerita. Akhirnya aku dpt menyiapkan sebuah skrip adaptasi dan olahan Jack and the beanstalk. Dalam erti katanya aku telah menambah beberapa karektor serta membuang karektor di dalam cerita sebenar. Bagi aku versi cerita aku ni menarik dah. Tak perlu konflik yang besar, kanak-kanak lebih memerlukan hiburan, disamping mesej yang baik. Selama 3 bulan membuat latihan, pelajar-pelajar juga membuat set dan prop sendiri, mereka juga membuat kerja-kerja pengurusan produksi. Apa yang boleh aku katakan mereka sangat gigih dan bekerjasama menyediakan kehendak dan keperluan.

Proses latihan.
 Warm up katanya.

 MD - Zai dan gang Muzik
Kumpulan Kelawar
 Proses Bump in
 Rime dan pokok kacangnya
 Show time!!! Sofea,mak dan lembunya manja.

 orang tua yg misteri
 kura-kura yang lembab tapi menjadi.
 nilah orang kuat saya. Iefiz Alaudin.
 Ini juga org kuat saya - Rime Nazren. Cantik set dia
 yang ni juga org kuat - memastikan show ini lebih menarik dgn lighting


Sunday, December 8, 2013

Jangan Sesekali Menilai Seseorang dari Bajunya (Kisah Benar)

Seorang wanita yang mengenakan gaun pudar menggendeng suaminya yang berpakaian sederhana dan usang, turun dari kereta api di Boston, dan berjalan dengan malu-malu menuju pejabat Pimpinan Harvard University. Merekaingin bertemu pimpinan Harvard. Setiausaha Universiti langsung mendapat kesan bahawa mereka adalah orang kampung, berfikir orang macam ini tidak mungkin ada urusan di Harvard dan bahkan mungkin tidak pantas berada di Cambridge.
“Kami ingin bertemu Pimpinan Harvard”, kata sang lelaki lembut. “Beliau hari ini sibuk,” sahut sang Setiausaha cepat. “Kami akan menunggu,” jawab sang wanita.
Selama 4 jam setiausaha itu mengabaikan mereka, dengan harapan bahawa pasangan tersebut akhirnya akan patah semangat dan pergi. Tetapi nyatanya tidak. Sang setiausaha mulai kecewa dan akhirnya memutuskan untuk melaporkan kepada sang pemimpinnya.
“Mungkin jika anda menemui mereka selama beberapa minit, mereka akan pergi,” katanya pada sang Pimpinan Harvard. Sang pimpinan menghela nafas dengan geram dan mengangguk. Orang sepenting dia pasti tidak punya waktu untuk mereka. Dan ketika dia melihat dua orang yang mengenakan baju pudar dan pakaian usang di luar pejabatnya, rasa tidak senangnya sudah muncul.
Sang Pemimpin Harvard, dengan wajah galak menuju pasangan tersebut. Sang wanita berkata padanya, “Kami memiliki seorang anak lelaki yang kuliah tahun pertama di Harvard. Dia sangat menyukai Harvard dan bahagia di sini. Tetapi setahun yang lalu, dia meninggal kerana kemalangan. Kami ingin mendirikan peringatan untuknya, di suatu tempat di kampus ini, bolehkan?” tanyanya, dengan mata yang penuh harapan.
Sang Pemimpin Harvard tidak tersentuh, wajahnya bahkan memerah. Dia tampak terkejut. “Puan,” katanya dengan kasar, “Kita tidak boleh mendirikan tugu untuk setiap orang yang masuk Harvard dan meninggal. Kalau kita lakukan itu, tempat ini sudah akan seperti kuburan.”
“Oh, bukan,” Sang wanita menjelaskan dengan cepat, “Kami tidak ingin mendirikan tugu peringatan. Kami ingin memberikan bangunan untuk Harvard.”
Sang Pemimpin Harvard memutar matanya. Dia menatap sekilas pada baju pudar dan pakaian usang yang mereka kenakan dan berteriak, “Sebuah bangunan?! Apakah kalian tahu berapa harga sebuah bagunan?! Kami memiliki lebih dari 7,5 juta dolar hanya untuk bangunan fizik Harvard.”
Untuk beberapa saat sang wanita terdiam. Sang Pemimpin Harvard senang. Mungkin dia boleh terbebas dari mereka sekarang. Sang wanita menoleh pada suaminya dan berkata dengan pelahann, “Kalau hanya sebesar itu biaya untuk memulai sebuah universiti, mengapa tidak kita buat sendiri saja?” Suaminya mengangguk. Wajah sang Pemimpin Harvard menampakkan kebingungan.
Mr. dan Mrs. Leland Stanford bangkit dan berjalan pergi, melakukan perjalanan ke Palo Alto, California, di sana mereka mendirikan sebuah Universiti yang menggunakan nama mereka, sebuah peringatan untuk seorang anak yang tidak lagi diperdulikan oleh Harvard. Universiti tersebut adalah Stanford University, salah satu universit kesukaan warga kelas atas di AS.
Kita jangan seperti pimpinan Harvard itu, acap silau oleh baju, dan lalai. Padahal, baju hanya bungkus, apa yang disembunyikannya, kadang sangat tak ternilai. Jadi, janganlah kita selalu abai, kerana baju-baju, selalunya menipu.

Sumber : Copy from http://anadinmu.blogspot.com/
Pencuri

Jangan tinggalkan auramu
Di sekelilingku
Ia membuat aku termimpi
Mimpikan kita

Jangan biarkan wangianmu
Mohon memahami
Ia melekat di hidung
Yang memenuhi
Di setiap sudut mindaku

Chorus:

Kan ku curi hatimu
Menyamun senyummu
Kan ku culik cintamu
Macam ku larikan lirikmu
Kau tak perasan aku sukamu
Dari dulu lagi
Kau simpan hatiku
Dari Darjah Satu
Darjah Satu

Jangan senyum bila di depanku
Fokusku tergendala
Kau memaksa aku menutup mata
Tak sempat tutup telinga
Bila kau tertawa

Kan kukembalinya padamu nanti
Bila kita berjanji
Tuk sehidup semati

Chorus:

Kan ku curi hatimu
Menyamun senyummu
Kan ku culik cintamu
Macam ku larikan lirikmu
Kau tak perasan ku sukamu
Dari dulu lagi
Kau simpan hatiku
Dari Darjah Satu
Darjah Satu
Dari Darjah Satu
Aku suka kamu

Lirik Lagu Pencuri - Mark Adam
Sumber : http://www.liriklagumuzika.com/2013/06/lirik-lagu-pencuri-mark-adam.html#ixzz2mx4f0ftv

Nak cerita pasal lagu lah. Yang benarnya aku sangat tertarik dengan lirik lagu malah melodi lagu Pencuri ni memang best. Kenapa? hehehe...kisah lama. Sekarang dah bahagia. Boleh aku tukar tak 'dari darjah satu tu jadi tingkatan satu...' hehehe. Kelakarkan. Yelah yang penting sekarang ni dengan siapa kita hidup. Dengan sapa kita makan dan dengan siapa kita bahagia...Jawapannya dengan suami saya sahaja lah...Kenangan lama hanya kenangan sahaja. Sekadar suka-suka...http://www.youtube.com/watch?v=Lbkn9s-H2Q8#t=10

Sunday, September 9, 2012

Dr Faisal Tehrani: Jangan Ajar Kanak-Kanak Minat Agama Awal-Awal

Dr Faisal Tehrani: Jangan Ajar Kanak-Kanak Minat Agama Awal-Awal: Beginilah sebaik-baiknya. Kanak-kanak masih mentah. Mereka mahu berhibur, bergembira, riang-ria, suka-suka, bergelak ketawa dan dibenarkan b...

Wednesday, July 27, 2011

Jangan Bersedih



Wahai kawan,

Jangan lah terlalu bersedih

Menjadikan hidup suatu beban

Wahai kawan,

Janganlah terlalu merintih

akan kehilangan itu

kerana ALLAH tahu apa sebabnya



Wahai teman,

aku terlalu memahami situasi mu

kalau aku ditempat itu, aku pun begitu,


tapi...aku sebagai teman mu

melihat itu suatu ujian dari Tuhan

kerana akan ada 'sesuatu' untuk di beri kepadamu

yang di sebaliknya ada HIKMAH yang sedang menunggu...


Teman,

bangkitlah dari keruntuhan itu,

jangan menyalahkan diri

serupa menyalahkan takdir

jangan lupa! hidup manusia bukan bergantung pada manusia

tetapi...hanya pada yang SATU...




Coretan:

qeez

11.55 tghri



Thursday, July 21, 2011

OooPocot...

Waktu tengahari dah menjadi rutin aku keluar dari pejabat menuju ke sekolah anak, beri makan dan menukarkan pakaian sekolah dari putih ke biru kerna petang kelas KAFA pula. Hari ini jumaat, tiada KAFA, terpaksa membawa anak ke ofis. Huhuhu. Ahhh, jauh dah. Bukan cerita utk mengambil anak sebenarnya.

Aku terpanggil utk bercerita tentang sekumpulan 'orang baru' ASWARA. Terasa berat untuk menyebut 'keluarga baru' kami - sebab tanpa restu dari hati!!! - Tiada siapa pun peduli dgn restu dari kami. Kami bukan Ayah Pin pun! Mereka bertuah dari 'fresh graduate' terus dapat menyandang gred 47/48... Berbanding dengan kami yang bertahun2 menyemai bakti untuk pelajar2 ASWARA masih menyandang gelaran memangku yang tak lama lagi akan ditarik balik gelaran itu... Ibarat rumah lama yang mempunyai 'tiang seri'. Nak dibuang tak boleh, takut rumah retak tapi di'biar'kan agar keretakan rumah tidak ketara - bila dilihat orang... Begitulah kami yang langsung tidak dipandang, - walau pun selayang pandang.

Melihat kumpulan orang baru itu, ketawa gembira - seolah2 ASWARA ini mereka yang bersihkan dari semua kerosakan orang-orang dulu...Padahal seperti tikus membaiki labu. Itulah ibaratnya yang paling sesuai.

Ahhh banyak lagi kerosakan2 di muka bumi ASWARA ini... Belum dari pelajar sehinggalah puak2 suku sakat sakai. Tak sanggup utk bercerita - takut terpalit pada kain sendiri... Berdoalah agar ia tidak berlanjutan.

Wednesday, July 20, 2011

catatan hari ini

mata hampir bertaup
jari mengurut-urut kelpak mata yang letih
nafas dilepas bunyi mendesah - kuat - semput
lagi sebulan perlu ku jalani lagi
lepas ni seperti sediakala
namun rutin hidup telah bertambah menjadi tiga...